Tuesday, August 24, 2010

Surat Makluman Kepada Ibu bapa mengenai Permohonan ke Matrikulasi Sesi 2011/2012

Rujukan tuan:
Rujukan Kami : 03/06/002 (09)
Tarikh : 31 MEI 2010
17 Jamadilakhir 1431 H


..........................................
Ibu-bapa/Penjaga Murid,
SMK (P) Bukit Kuda, Klang


Tuan/Puan,

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2011/2012

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Bersama-sama ini disertakan surat daripada Bahagian Matrikulasi bertarikh 12 April 2010, No. Rujukan ( KP(BM)05/005/001 Jld. 7(18) untuk makluman pihak tuan/puan selanjutnya.
3. Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan secara on-line, perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di Bank Simpanan Nasional. Pihak sekolah dapat membantu pelajar membeli No. NPI secara pukal melalui guru kaunseling sekolah, Pn.Yusnita bt. Mohamed Yusop dengan menghantar perkara berikut sebelum 1 JULAI 2010 :
3.1 Salinan Kad Pengenalan Pelajar
3.2 Bayaran sebanyak RM 6.00
4. No. NPI tersebut akan diedarkan kepada pelajar setelah menerima resit daripada Bank Simpanan Nasional. Pelajar dikehendaki mengisi borang PMI mereka sendiri dan bertanggungjawab atas permohonan mereka. Sila rujuk carta permohonan Program Matrikulasi di laman sesawang KPM ( http://www.moe.gov.my) mulai 1.7.2010-10.10.2010. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


.......................................

No comments:

Post a Comment