Tuesday, December 14, 2010

PENCAPAIAN SEKOLAH

Skor Keseluruhan SKPM : 86.40
Peratus GPS Wajaran : 51.67
Skor Komposit : 62.09%

KEJAYAAN YANG DICAPAI 2009
• 5 orang pelajar Pandu Puteri Renjer mendapat Anugerah pandu Puteri Raja
Peringkat Kebangsaan
• 6 orang pelajar pandu Puteri mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia
daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Kebangsaan
• Anugerah Peningkatan Tertinggi PMR Tahun 2009
• Anugerah Gemilang Kokurikulum Daerah Klang 2009
(Kompang Formasi dan Kaligrafi Bahasa Cina)
• Johan Kategori SM Kompang Formasi Daerah Klang
• Naib Johan Per.Kompang Formasi Neg.Selangor
• Johan Pertandingan e-PPDa Daerah Klang
• Johan Karnival ICT Daerah Klang
• Kelab Prostar Cemerlang Daerah Klang 2009

KEJAYAAN YANG DICAPAI 2010
• Johan Kategori SM Per.Kompang dan Formasi Sek. Daerah Klang
• Hadiah Kepujian dalam Per.Kaligrafi Cina SM Daerah Klang
• Tempat Ketiga Per.Melukis Kain Rentang Kerjaya Daerah Klang

Panduan Permohonan ke IPTA/ILKA 2011

Kepada anak-anak murid Lepasan SPM/STPM 2010 yang ingin memohon kemasukan ke IPTA atau ke Institut Latihan Kemahiran, sila beri perhatian .....

Panduan Permohonan ke IPTA 2011. ( Sebagai rujukan murid sahaja)

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf/ STPM adalah melalui Aplikasi Dalam Talian di laman berikut:-

• http://upu.mohe.gov.my/
• http://www.mohe.gov.my
• http://jpt.mohe.gov.my
• Laman Web semua IPTA

Prosedur Pembelian Nombor Unik ID:

a. Mengemukakan Kad Pengenalan Sebenar / MyKad/ atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad semasa membuat pembelian Nombor Unik ID untuk tujuan pemprosesan Nombor Unik ID bagi mengelakkan sebarang kesilapan.
b. Harga Unik ID Lepasan SPM (RM 10.60) dan Lepasan STPM ( RM 15.60)
c. BSN akan mengeluarkan slip resit yang mengandungi Nombor Unik ID pemohon berdasarkan Nombor Kad Pengenalan/ My Kad.
d. Bagi setiap kategori dalam Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf, satu calon akan memperoleh hanya satu Nombor Unik ID.
e. Pesanan Nombor Unik ID bagi pemohon SPM di sekolah secara pukal (blok) melalui BSN. ( 1 hingga 30 November 2010)
f. Pembelian Nombor Unik ID juga boleh dibuat di kaunter BSN / ATM / SMS Banking bagi pemegang Akaun GIRO untuk Pelajar Lepasan SPM mulai 10 Januari 2011-4 April 2011.

Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja dan 3 kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan

Proses Permohonan
Lapan (8) elemen untuk mengemukakan permohonan kali pertama :-
i. No. Kad Pengenalan/ My Kad
ii. No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan SPM
iii. No. Unik ID,
iv. Kata Laluan (alphanumeric – 6 hingga 8 aksara),
v. Pengesahan Kata Laluan,
vi. Nama Ibu,
vii. Kategori, dan
viii. Kod Imej

No Unik ID tidak diperlukan dalam Permohonan SPM Fasa 1. ( 1.11.2010 hingga 31 Disember 2010)
Wajib mengesahkan permohonan dan pilihan program pengajian pada Fasa 2.Jika tidak, permohonan tidak akan diproses.

Jangan dedahkan no.unik ID anda. Ianya adalah SULIT

Nombor unik ID wajib digunakan semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA di FASA 2 pada 10 JANUARI 2011

Permohonan Aplikasi Dalam Talian bagi calon Lepasan STPM Tahun 2010 ialah mulai jam 12.00 t/hari 10 JANUARI hingga 4 APRIL 2011.

Syarat Permohonan
-Warganegara
-Kelayakan : SPM –mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk BAHASA MELAYU
-Hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pemohon.

Program yang ada temuduga : Pilihan 1 hingga 4 sahaja

Penentuan Aliran : Kaedah penentuan aliran bagi semua calon dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti
SAINS : Matematik, Matematik Tambahan,Fizik, Kimia,Biologi @ P/Akaun@ ICT@EA@Perdagangan@ERT dll
SASTERA : Bahasa Melayu, Matematik,Sains,Sejarah,Pendidikan Isla/Moral

Penyediaan dan Pengiraan Merit : 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama, 30 markah bagi mata pelajaran terbaik yang lain. 10 % markah Kokurikulum.

Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Latihan Kemahiran (ILK), BPKP JPT hanya proses data sekali dan penyelarasan bagi dua pengambilan iaitu Ambilan Julai 2011 dan Januari 2012 sahaja.

Permohonan kemasukan dibahagikan kepada 2 kelayakan seperti berikut:

Kelayakan Lepasan SPM /Setaraf : Mengikuti program Sijil dan Diploma Kemahiran,Diploma Politeknik serta Sijil Kolej Komuniti

TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA

Kementerian Belia dan Sukan ( IKBN,IKTBN)
Jabatan Tenaga Manusia ( ILP,JMTI,ADTEC) Kem.Sumber Manusia
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan ( CIAST)
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti ( JPKK) Kem.Pengajian Tinggi
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Keem.Pengajian Tinggi
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Kem.Pertanian dan Industri Asas Tani

Kelayakan Lepasan SKM /Sekolah Menengah : Mengikuti Program Sijil & Diploma Kemahiran
Lepasan Sekolah Menengah : Sekurang-kurangnya memiliki UPSR/PMR
Memenuhi syarat khas kursus yang ditetapkan oleh agensi, lulus temuduga dan sebagainya.
Setiap pemohon dibenarkan memilih 5 pilihan kursus dan wajib memilih kursus pilihan 1 hingga 3
Panggilan Temuduga hanya bagi pilihan 1 sahaja.
Penyediaan dan Pengiraan Merit: SPM : BM,Mate/Add Math,1 M/P dari kumpulan Sains/Vokasional/Teknologi dan 2 subjek terbaik

Hebahan Keputusan : 22 MEI 2011

Surat Tawaran kepada calon yang berjaya melalui LAMAN WEB INSTITUSI/AGENSI mulai 26 MEI 2011.

Pendaftaran mulai JUN/JULAI 2011

Penajaan : Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (Program Sijil)
PTPTN (Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia)
Program CIAST ( Elaun RM 400.00 sebulan)
KBS.Elaun Bulanan bagi Sijil (RM 100.00 dan Diploma RM 200.00) makan minum dan tempat tinggal dibiayai
JTM . Elaun Bulanan bagi Sijil (RM 100.00 ) makan minum dan tempat tinggal dibiayai sepenuhnya
NATC (Elaun sara diri : RM 30.00 sehari)

Pemohon bertanggungjawab atas permohonan masing-masing. SILA SEMAK PANDUAN PERMOHONAN TERLEBIH DAHULU.