Tuesday, May 10, 2011

Pelancaran Dermathon 2011

Pada 9 Mei 2011 (Isnin) yang lalu, Majlis Pelancaran DERMATHON 2011 SMK(P)Bukit Kuda telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En.Tahir b. Abd.Wahid. Sumbangan daripada YDP PIBG, Pengetua, Pentadbir dan guru-guru ke dalam tabung menaikkan semangat untuk menjayakan Dermathon 2011. Walaupun kini murid-murid sedang dalam 'demam peperiksaan', namun jasa baik semua murid untuk turut sama menjayakan program Dermathon ini amat diharapkan bagi mencapai target kutipan sebanyak RM 100 000.00. TERIMA KASIH SEMUA....

Pencarian Bakat Permata Pintar Saringan 1

Terima kasih kepada murid-murid Tingkatan 1,2 dan 3 yang telah berjaya membuat ujian saringan 1 untuk pencarian bakat permata pintar di talian UKM 1. Seramai 66 orang yang telah mendaftarkan nama kepada cikgu setelah menjawab soalan tersebut. Kerjasama daripada anda amat cikgu hargai.