Monday, July 27, 2009

Gambar Bilik Kaunseling SMK(P) Bukit Kuda,Klang




href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfmkj2bRI_2_9g4rQJhmCxwBNkj-HPm6rXgfkwuqbRdTztL3oSBsh15hnbm6dS8l19r91TfJKv82dQnmYgPY796A9VegryAFhPhq70T1lFJOJpYUSxh0zLTMIoeTCjGce3H6M9g0Bqhpg/s1600-h/P1010077.JPG">



href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjveZQc4weUpXgvs9W9fFfzhN1efTrrDiL5rPlNR_BjvwwMznyrGSOvJx2xC1DMb7nu3EK6uJsWTttzel2-6yNwzFCkzFY0YKCViaHa3edCd-hNoeGNieOvIDbpQySULeChHe5jvBEeW3o/s1600-h/P1010079.JPG">

Bilik Sesi Kaunseling Individu
Bilik Bimbingan Kelompok

Seminar Kecemerlangan PMR,SPM,STPM 2009


Alhamdulillah, Seminar Kecemerlangan PMR telah dijalankan pada APRIL 2009,SPM dan STPM bermula pada 4.5.2009 dan berakhir pada 10.7.2009.Tahniah dan terima kasih kepada semua ketua panitia dan guru-guru yang memberi kerjasama menjayakan seminar tersebut. Harapan sekolah semoga murid-murid yang mengambil peperiksaan PMR,SPM dan STPM cemerlang pada tahun 2009. TINGKATKAN PRESTASI DAN KUALITI. Semoga Berjaya.

Program RIMUP Lawatan ke Melaka


Pada 17 Julai 2009 yang lalu, SMK(P) Bukit Kuda, Klang dan SMK Sultan Abdul Samad seramai 37 orang murid telah melawat ke Muzium Lebah Sedunia di Ayer Keroh, Kota A Famosa, Muzium Samudera, dan menaiki 'River Cruise'menyusuri Sungai Melaka.Guru-guru Kaunseling kedua-dua sekolah mengiringi murid-murid dalam lawatan tersebut.

Selamat Datang Pn.Hjh.Haniah bt. Hussin


Pn.Hjh. Haniah bt. Hussin merupakan Pengetua SMK(P) Bukit Kuda, Klang bermula pada 23.2.2009. Kami warga SMK(P) Bukit Kuda, Klang akan terus berusaha di bawah pimpinan puan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan amalan terbaik di sekolah kami.

Gambar Kenangan Pn.Hjh.Zainon Kasim



Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn.Hjh. Zainon bt. Kasim atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau, pelbagai idea baru terutamanya Program Senyum Pagi masih diteruskan sebagai suntikan semangat kepada murid hadir ke sekolah setiap hari.
Nyanyian Lagu 'Happy Birthday' masih sering kedengaran di kelas-kelas sebagai penghargaan kepada setiap individu di SMK(P) Bukit Kuda. PN.HJH.ZAINON...Jasamu Kami Kenang Selalu..

Aerobikthon SMK(P) Bukit Kuda, Klang

SMK(P) Bukit Kuda, Klang dengan kerjasama PIBG SMK(P) Bukit Kuda akan menjalankan Program Aerobikthon 2009 pada 1 OGOS 2009. Tujuan program ini ialah mengumpulkan dana serta membina bumbung di tapak perhimpunan serta membina laluan gajah menyusur antara bangunan.

Pelbagai aktiviti dijalankan di tapak perhimpunan seperti bacaan Nilam setiap pagi, perhimpunan rasmi, aktiviti kokurikulum dan lain-lain. Alangkah gembiranya murid-murid SMK(P) Bukit Kuda sekiranya satu lagi projek PIBG dapat dilaksanakan, selain Astaka Gemilang yang berdiri megah dan menjadi tempat berteduh murid-murid SMK(P) Bukit Kuda untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama serta menyumbang wang dan tenaga untuk PIBG SMK(P) Bukit Kuda. Unit Kaunseling juga berterima kasih kepada PIBG sekolah yang sering memberi sokongan terhadap program -program sekolah dan menyumbangkan dana untuk meningkatkan prestasi akademik serta sahsiah murid-murid SMK(P) Bukit Kuda, Klang.

Semoga SMK(P) Bukit Kuda, Klang akan terus cemerlang dan gemilang.

Thursday, July 23, 2009

Jawatankuasa Bimbingan Kaunseling SMK(P) Bukit Kuda

PENGERUSI : PN. HJH. HANIAH BT. HUSSIN
Pengetua SMK (P) Bukit Kuda
TIMBALAN PENGERUSI : PN. DING SOOI CHONG
Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI I : PN.HJH. KHASBIA BINTI OTHMAN
Penolong Kanan
NAIB PENGERUSI II : PN. HJH. KHALIDAH BT. BUJAL
Penyelia Petang
NAIB PENGERUSI III : PN. HASHIMAH BT. ABD. WAHAB
Penolong Kanan Kokurikulum
SETIAUSAHA : PN. YUSNITA BT. MOHAMED YUSOP
Setiausaha
AJK : PN. MALARVILI A/P BATUMALAI
Guru Kaunseling , Penasihat SLAD
PN. ZUAIZA BINTI PAIMAN
Guru Kaunseling , Penasihat PROSTAR
PN. NORAINON BT. MOHAMED NOR
Ketua Guru Disiplin
PN. HJH. SITI NOR AISHAH BT. KHALIL
Ketua Panitia Pendidikan Agama
PN. KAMACHY A/P CHELLIAN
Ketua Panitia Pendidikan Moral
PN. JULIA BT OSMAN
Penyelaras Tingkatan Satu
EN. MAHESPARAN A/L KOLAKAN
Penyelaras Tingkatan Dua
PN. RAFIDAH BT. AZIZ
Penyelaras Tingkatan Tiga
DATIN LATA OM PRAKASH
Penyelaras Tingkatan Empat
CIK TEH LAY HONG
Penyelaras Tingkatan Lima
PN. ROSMAWARNI BT. SUTRISNO
Penyelaras Tingkatan Enam

Aktiviti Yang Akan Dijalankan

1. Program Masih Ada Yang Sayang akan diadakan pada 6-7 Ogos 2009 di Kem Akademi
Latihan dan Inovasi, Jugra, Banting.

2. Program Selepas PMR

3. Program Permata Hati

4. Program Akhir Tahun Tingkatan 1, 2

Monday, July 20, 2009

Gambar-gambar Aktiviti 2009



Gambar AJK PROSTAR SMK(P) Bukit Kuda bersama Guru Penasihat
Pn. Zuaiza bt. Paiman


Guru-guru Kaunseling SMK(P) Bukit Kuda, Klang
Dari kiri, Pn. Malarvili a/p Batumalai, Pn. Yusnita bt. Mohamed Yusop dan
Pn. Zuaiza bt. Paiman


AJK Pembimbing Rakan Sebaya bersama Pn. Yusnita M.Yusop

Program Orientasi Tingkatan 6 Rendah bersama guru-guru Tingkatan 6

Pengetua SMK(P) Bukit Kuda (Pn. Hjh. Haniah bt. Hussin menyampaikan cenderamata kepada penceramah Seminar SPM Bahasa Melayu - Pn.Atifah bt. Mat)

Ceramah PROSTAR daripada PROSTAR Daerah Klang

Program RIMUP - Mengalu-alukan kehadiran peserta
Pertukaran Murid RIMUP dari SMK Sultan Abdul Samad

LAPORAN AKTIVITI 2009

Sebanyak 31 aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun 2009


LAPORAN AKTIVITI BIMBINGAN & KAUNSELING

1 Program Orientasi Tingkatan Satu 5.1.2009 Dewan Sekolah
2 Taklimat M/P Elektif Tingkatan 4 5.1.2009 Dewan Sekolah
3 Program Motivasi Belajar Tingkatan 1 13.1.2009 Dewan Sekolah
4 Mesyuarat J/K Bimbingan & Kaunseling 4.2.2009 Pusat Sumber
5 Kursus Ketua Tingkatan 16.1.2009 Dewan Sek
6 Majlis Ikrar Murid 19.1.2009 Dataran
7 Program Maju Diri 19.1.2009-22.1.2009 Dewan Sekolah
8 Kursus SLAD & PRS 6.2.2009 Dewan Sekolah
9 Kursus Pengurusan Bilik Darjah 7.2.2009 Dewan Sekolah
10 Ceramah Say No To Unsafe Sex 12.2.2009 Dewan Sekolah
11 Ceramah Bahaya Dadah 24.2.2009 Dewan Sekolah
12 Pameran Pencegahan Jenayah (Dadah, HIV, Jalan Raya) 25.2.2009 Dewan
13 Kem Prostar Harapan 27.2.2009-28.2.2009 Taman Botani Negara
14 Kursus Organisasi 3.3.2009 Dewan Sekolah
15 Kursus Pengawas Baru 6.3.2009 Dewan Sekolah
16 ‘Outreach’ HIV/AIDS 30.3.2009 Astaka Gemilang
17 Seminar Kecemerlangan PMR 13.4.2009-17.4.2009 Dewan Sekolah
18 Program Pertukaran Murid RIMUP 20.4.2009 Kelas 4Sn.1,4Sn.2
19 Seminar Kecemerlangan SPM 4.5.2009 – 8.5.2009 Dewan Sekolah
20 Seminar Kecemerlangan STPM 4.5.2009-8.5.2009 Dewan Blok G
21 Seminar Kemahiran Belajar 4.5.2009 Dewan Sekolah
22 Latih Tubi Pengurusan Masa 5.5.2009 Dewan Sekolah
23 Persediaan Menghadapi Peperiksaan 7.5.2009 Dewan Sekolah
24 Program Orientasi Ting. 6 Rendah 11.5.2009—15.5.2009
25 Ceramah Kerjaya 22.6.2009 Dewan Sekolah Ting. 5 86
26 Ceramah Penampilan Diri ( Kotex) 23.6.2009 Dewan Sekolah
27 Lawatan ke Fakulti Bahasa Moden UPM, Serdang 24.6.2009 UPM
28 Pameran Pendidikan IPTA/IPTS 25.6.2009 Dewan Sekolah Ting. 5,
29 Ujian Minat Kerjaya 26.6.2009 Bilik Kaunseling
30 Seminar Kecemerlangan SPM 2 10.7.2009 Dewan Sekolah Ting. 5
31 Lawatan ke Melaka(RIMUP) 17.7.2009 Melaka



Disediakan oleh,


(YUSNITA BT. MOHAMED YUSOP)