Thursday, October 8, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

Kepada anak murid Tingkatan 3 yang dikasihi,

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. Tahun ini peperiksaan PMR tidak berturut-turut hari peperiksaan. Terdapat hari Sabtu dan Ahad sebelum MATEMATIK dan SEJARAH yang amat dirisaukan oleh sebilangan murid pada hari Isnin. Gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk membuat latihan dan ulangkaji terakhir sebelum menduduki peperiksaan. Ingatlah BERUSAHA SEDAYA UPAYA. Kami warga sekolah SMK(P) BUKIT KUDA KLANG sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Pada waktu pagi setiap hari semasa peperiksaan berlangsung, pihak sekolah ada menyediakan sarapan air milo dan roti sebagai tanda ingatan dan prihatin terhadap murid-murid yang tidak sempat bersarapan di rumah.

PESANAN CIKGU : JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN ANDA ! ITU YANG PALING UTAMA.