Friday, April 22, 2011

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya,SLAD dan PROSTAR 2011

Kursus PRS,SLAD dan PROSTAR 2011 telah dijalankan pada 28.1.2011 di dewan SMK(P)Bukit Kuda,Klang. Seramai 98 orang peserta kursus yang terlibat di dalam kursus ini. Selain Ice breaking, kemahiran komunikasi dan asas kemahiran kaunseling telah diberi sebagai bekalan kepada ahli untuk menjalankan tugas sepanjang tahun 2011. Diharap semua ahli PRS,SLAD dan PROSTAR dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Program Maju Diri 2011

Salam sejahtera untuk semua pelajar yang cikgu kasihi. Tahun ini khasnya bagi tingkatan 5, PMD lebih kepada aktiviti Neuro Linguistic Programme. Seronok betul cikgu tengok para pelajar bersorak SAYA HEBAT! SAYA SIHAT!SAYA SERONOK!. Lepas ni, seronokkan diri pergi ke sekolah, sebab kempen JOM PERGI SEKOLAH telahpun bermula... Bina Matlamat, tetapkan tindakan yang perlu dilaksanakan dan..TERUSKAN!!!

Jangan patah semangat ye...fikirkan masa depan anda...sebab pilihan sekarang akan menentukan 54 tahun? susah atau senang ...PILIHAN di tangan anda...