Sunday, September 11, 2011

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua guru dan murid-murid yang dikasihi

Pada 10 SEPTEMBER 2011 yang lalu, saya telah menyampaikan ceramah kepada guru-guru SMK(P)Bukit Kuda, Klang tentang Pengurusan Marah dan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Makluman ini perlu bagi memastikan semua warga sekolah mendapat maklumat tentang perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan ini akan berperanan dengan lebih berkesan melalui pembinaan karektor murid dan pembangunan sahsiah pelajar.

A. MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. INFRASTRUKTUR BILIK
2. LATIHAN PROFESIONAL GBKSM DAN GURU LAIN
2.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
2.2 KETERAMPILAN DIRI
3. PROGRAM-PROGRAM MURID
3.1 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
3.2 PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN KAREKTOR MURID DAN KERJAYA
3.4PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS)
3.5MENTOR MENTEE
3.6PROGRAM BERSAMA AGENSI LUAR
4. OUT REACH PERKHIDMATAN
4.1 PEMBINAAN BLOG
4.2 FACE BOOK
4.3 VIDEO KOPORAT
4.4 PROGRAM BERTEMU PELANGGAN
5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

B. PANDUAN PELAKSANAAN

1. INFRASTRUKTUR BILIK

Bilik kaunseling merupakan tempat utama perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik-bilik ini perlu memenuhi keperluan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan pengurusan . Suasana bilik hendaklah memenuhi ciri-ciri teraputik, kondusif, bermaklumat, menarik serta mempunyai ciri-ciri mengikut spesifikasi berdasarkan buku panduan perkhidmatan b&K KPM 2009.(Rujuk lampiran 1.)

2. PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) DAN GURU LAIN

2.1 Latihan Profesional
Latihan professional adalah penting kepada semua guru di sekolah bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang merangkumi bidang-bidang berikut:
a. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling
- Kemahiran membina hubungan
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran menyoal
- Dll…….
b. Psikologi Kanak-kanak dan remaja
c. Kemahiran komunikasi berkesan
( CUT APPLE “ABR” )

2.2 Keterampilan diri
Guru sebagai role model yang harus menunjukkan personaliti terpuji dari segi penampilan dan sahsiah diri

3. PROGRAM-PROGRAM MURID

3.1 Program Pembangunan Sahsiah
a. Kaunseling Berfokus
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan dengan ponteng, buli , bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.Modul ini dilaksanakan semasa kelas ganti 2 waktu sehari bagi setiap orang GBKSM.

3.2 Program psikososial dan kesejahteraan mental
Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti program-program berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid, kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain

3.3 Program Pembangunan Kerjaya
Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )

3.3 Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)
Melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini, berdasarkan peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ), PRS Muda ( Ting 1-2 ), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 – 6). PRS juga akan dinilai dan diberi penghargaan sama seperti badan pengawas dengan markah merit kokurikulum

3.4 Mentor mentee
Mewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berdasarkan kes-kes salah laku murid. Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru dengan murid atau murid dengan rakan sebaya .

3.5 Program bersama agensi luar
Melaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan perkhidmatan pembangunan insan murid seperti Kementerian Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Dalam Negeri ( PDRM, Penjara )

4. OUT REACH PERKHIDMATAN
Melaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui promosi dengan menggunakan medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan minat murid seperti berikut :
4.1 Pembinaan blog
4.2 Face book
4.3 Video korporat
4.4 Program bertemu pelanggan
4.5 PRS sebagai duta

5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Melaksanakan sistem pengurusan e-kaunseling bagi pengurusan pelaporan perkhidmatan dan program bimbingan dan kaunseling seperti pelaporan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, program bimbingan , sistem profil murid .

B PANDUAN PELAKSANAAN

1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana
2. Menyediakan Kertas Cadangan
3. Melaksanakan Program
4. Pemantauan Program
5. Pelaporan dan Penilaian Program .

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2011

Kepada anak murid Tingkatan 3 yang kini sedang sibuk menjalani Latih Tubi/ Gerak Gempur PMR, usahalah semaksima mungkin untuk mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011. Bimbingan telah diberi, kini tinggal latih tubi tanpa henti untuk memastikan semua kemahiran dapat dikuasai.

Di saat akhir ini, cuba buat latihan dengan lihat masa yang diperuntukkan, jadi taklah jawab satu soalan sampai 3 minit. Gunakan ilmu yang cikgu ajar. 30 minit buat latihan, rehat seketika, tarik nafas 3 kali, minum air ,gerakkan jari kiri, kanan,kiri, kemudian....baru sambung balik ulangkaji..DOA CIKGU SENTIASA MENGIRINGI KALIAN

TRY YOUR BEST!!! YOU ARE THE BEST !!!

PERMOHONAN MATRIKULASI TAHUN 2012

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang telah membeli No.NPI Matrikulasi 2012, jangan lupa tarikh akhir untuk membuat permohonan Matrikulasi ialah pada 1 OKTOBER 2011. Dalam kesibukan Peperiksaan Percubaan SPM, cikgu amat berharap agar urusan permohonan ini disegerakan. Terdapat masalah pelajar-pelajar yang masih tidak tahu jenis darah. Cikgu cadangkan agar pelajar Tingkatan 5 membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti jenis darah di klinik swasta ( bayaran lebih kurang RM 20 -Rm 30.00). Anda akan diberi kad jenis darah, bukan hanya untuk memohon matrikulasi, tetapi ianya sangat berguna apabila rekod kesihatan diperlukan. Takut-takut kalau ada kes yang tulis je darah jenis 'O', sedangkan dia jenis darah A. Timbul banyak masalah nanti bila kekurangan darah dan sebagainya...

Permohonan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anak-anak murid Tingkatan 3 2011 yang dikasihi.

Cikgu telah mengedarkan surat makluman Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011 bertarikh 24 OGOS 2011 yang lalu kepada semua kelas Tingkatan 3. Tarikh 'on-line' permohonan bermula 1 SEPTEMBER 2011 hingga 15 OKTOBER 2011. Helaian belakang surat tersebut juga disertakan senarai nama sekolah-sekolah berasrama penuh sebagai rujukan untuk pemilihan sekolah.

Syarat Pemilihan

1.Warganegara Malaysia (murid, ibu dan bapa Warganegara)
2.Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan
3.Kelayakan Akademik (Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran (PMR)
Mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mate dan Sains
Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain.

4.Aktif dalam kokurikulum

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Murid membuat permohonan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 4 melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my

2. Murid mencetak satu salinan permohonan

3. Murid menyerahkan salinan permohonan kepada pihak sekolah (u.p Pn. Yusnita (guru kaunseling)

4. Pihak sekolah akan membuat 3 salinan dan membuat pengesahan( ditandatangani oleh pengetua), dan pihak sekolah akan menguruskan urusan penghantaran borang permohonan ke sekolah-sekolah pilihan murid dan ke PPD Klang.

5. Bagi ibu bapa/penjaga murid/ murid yang menghadapi masalah untuk mengisi permohonan secara 'on-line' boleh mendapatkan bantuan daripada Pn.Yusnita (guru kaunseling ) di sekolah.

6. Pihak sekolah akan cuba membantu sedaya upaya agar murid-murid dapat memasuki sekolah berasrama penuh.

SELAMAT MENCUBA !!!