Monday, August 31, 2009

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Persediaan sangat penting sebelum menghadapi peperiksaan dan murid-murid perlu mengambil berat tentang persediaan fizikal,mental dan emosi sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Persediaan Fizikal

Murid-murid perlu menjaga kesihatan diri, banyakkan minum air kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kekurangan oksigen dan sistem perkumuhan tidak dapat berfungsi dengan baik.Apabila toksik banyak dalam badan, maka imunisasi badan jadi lemah dan mudahlah penyakit datang kepada kita. Bayangkan mesin basuh yang berputar dengan pakaian yang banyak tanpa air. Badan kita pula macamana ye?

Selain itu, tidurlah dengan cukup. Tidur dapat memberi rehat kepada tubuh iaitu 6 - 7 jam sehari. Gunakanlah masa kita dengan sebaik-baiknya, jangan sampai tidak tidur disebabkan kita banyak mensia-siakan masa yang ada.

Riadhahlah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Paling baik naik tangga, berbasikal, bermain badminton, dan sebagainya. Baik untuk jantung anda...

paling penting, jaga keselamatan anda...


2. Persediaan Mental

Hindari daripada berfikiran negatif, yakinlah anda akan cuba sehabis baik. Tenangkan diri. Ketenangan itu biasanya diperolehi apabila anda telah bersedia, dan telah habis membuat ulangkaji. Untuk mengelakkan rasa tertekan biasanya, bersedialah awal. Bertawakkal setelah berusaha.

Usah berputus asa dan selalulah rasa sentiasa bersedia. Seperti pejuang ingin pergi berperang. Sudah tentu dilengkapi dengan teknik peperangan, peralatan perang dan strategi. Begitu juga dalam peperiksaan. Jawap apa yang ditanya. Jangan jawab semua yang anda tahu. Kemungkinan tidak menepati soalan.

3. Persediaan Emosi

Hindari diri daripada ber'konflik' dengan kawan-kawan, ibu-bapa, dan sebagainya kerana konflik boleh mengganggu tumpuan dalam persediaan peperiksaan. Tenangkan hati, maafkan kesalahan orang lain, banyakkan berdoa agar dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan.

PENGURUSAN MASA BERKESAN

Terdapat pelbagai cara untuk mengatur waktu atau masa yang mungkin dapat membantu anda meraih kajayaan iaitu:

1. Dahulukan perkara yang paling utama.
Pertimbangkan sama ada perkara tersebut perlu segera dan penting atau penting tetapi tidak segera. Anda perlu bijak membuat keputusan.
2. Buat senarai tugasan.
Ambil kertas atau buku nota kecil dan senaraikan tugas yang anda perlu selesaikan. Tulis ikut keutamaan.
3. Tetapkan batas waktu.
Pastikan anda menetapkan batas waktu sama ada tugasan tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh sehari,dua hari,semingggu, atau sebulan. Pastikan anda jangan suka bertangguh.
4. Beri Tumpuan pada Tugasan.
Jangan rasa khuatir untuk menyelesaikan tugasan, atau merasa sia-sia setelah berusaha. Bersabar dan cuba beri tumpuan sepenuhnya mulai sekarang.
5. Ingat Matlamat Anda
Kadangkala kita sering terlupa matlamat kita belajar atau kita buat sesuatu perkara. Ini kadangkala menyebabkan kita bosan. Boleh anda bayangkan orang yang terdampar di laut, dan mendapati dirinya masih hidup, pasti berusaha sedaya upaya untuk kembali kepada keluarga dan negaranya ataupun berputus asa dan membiarkan dirinya mati di pulau tersebut. Sekiranya anda berada pada situasi tersebut, yang mana pilihan anda? Begitulah ibarat perlunya matlamat dan ilmu pengetahuan.

APA YANG PENTING... BERUSAHALAH UNTUK TIDAK MENANGGUHKAN KERJA-KERJA ANDA HARI INI KERANA KITA TIDAK TAHU APA KERJA YANG AKAN DATANG TIBA-TIBA.....

Wednesday, August 19, 2009

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERPUASA

Pada 22.8.2009, cuti pertengahan penggal akan bermula. Diharap semua murid tidak membuang masa, akan tetapi menggunakan masa dengan berkesan.

Selamat berpuasa kepada murid-murid yang beragama Islam. Sungguhpun anda berpuasa, tetapi percayalah, lama kelamaan anda akan mendapat kekuatan yang LUAR BIASA, iaitu merasai apa yang orang lain rasa. Seperti Nik Nurmadihah yang mendapat 20 A dalam SPM 2008 yang lalu. Beliau sering berpuasa, tidak perlu susah hati memikirkan apa yang perlu dimakan. Masa yang ada digunakan sebaik-baiknya dengan mengulangkaji dan sentiasa mencari ilmu. ILMU adalah PENYULUH KEHIDUPAN.

Friday, August 14, 2009

SEJARAH KAUNSELING DI SMK (P) BUKIT KUDA

SEJARAH SEKOLAH DAN KAUNSELING

8.1.1968 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan (Inggeris) Bukit Kuda
telah ditubuhkan di Jalan Perak, 41300 Klang
(Terdiri daripada Blok A,B,C dan D)
Jumlah murid : 232 orang sahaja,
Guru : 9 orang
Pengetua Pertama : Cik R. Sundram
Hingga 1979
1976 Pn. Wong Chook Khoon telah dilantik sebagai Guru Kerjaya disamping
mengajar subjek mata pelajaran lain.
1978 Kad Rekod Persekolahan Murid diperkenalkan
( Surat Pekeliling Ikhtisas No.9/1978)
1979 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1979 menyenaraikan Tugas-tugas Guru
Panduan di Sekolah Menengah

1979 Bilik Kaunseling ditubuhkan di Blok C ( Surat Pekeliling Ikhtisas ' Bil. 5/1976) : Kemudahan Bilik Untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran'
dan Kerjaya
1980 Pengetua Kedua dilantik: Pn. Hjh. Fatimah bt. Embong Hingga 1987
1981 Blok F didirikan
1983 Blok E didirikan. Bilik Kaunseling diubahsuai dan berpindah
bersebelahan Surau AnNur.
1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985
1986 Bilik kaunseling SMK (P) Bukit Kuda dilawati oleh guru-guru bimbingan
dari Wilayah Persekutuan dan Daerah Klang

1988 Pengetua Ketiga dilantik : Pn. Hjh. Salma bt. Kassim Hingga 1990
1988 Program Skim Lencana Anti Dadah ditubuhkan
Di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988
1990 Pengetua Keempat dilantik: Pn Hjh. Habsah bt. Abd. Rahman Hingga 1998
1990 Pn. Zakiah Mohamad dilantik sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling
1991 Blok H dibina
1991 Guru-guru didedahkan dengan sistem fail
1996 Surat Pekeliling Ikhtisas tentang Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh masa
dikeluarkan. Pn.Zakiah bt. Mohamad dilantik sebagai Guru Kaunseling Sepenuh
Masa. Pn. Rahimah Awang dilantik sebagai Guru Bimbingan Sesi Petang.
Jun 1998 Pengetua Kelima dilantik: Pn. Juinah bt. Jaffri Hingga 1.5.2003
1999 Blok I didirikan
1.7.1999 Pn. Yusnita ditempatkan di SMK (P) Bukit Kuda, Klang
18.6.1999 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Daerah Klang

2.1.2000 Pn. Zakiah Mohamad berpindah ke Bahagian Sekolah, KPM.
Pn. Yusnita mengambil alih tugasan sebagai Guru Kaunseling
26.8.2000 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KerjayaNegeri Selangor
6.9.2000 Pertandingan Melukis Poster KESEJADAHKebangsaan KETIGA
2000 Pengurusan Fail B&K dipantau oleh Jemaah Nazir untuk Pertandingan
Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan
2000 Sekolah menerima Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan
2000 Menerima Guru Pelatih UPM (Kaunseling) En. Hamdan Afuad dan En.
Azhar b .Kasim

2001 Menerima Guru Pelatih UPM (Kaunseling)Azizah dan Tan Chiew Ling.
Pengurusan Bilik Kaunseling dan Keceriaan Bilik Kaunseling telah
dimulakan dengan kerjasama Pengetua, Penolong Kanan dan Guru
Kaunseling
2001 Pengurusan Fail B&K dipantau oleh Jemaah Nazir untuk Pertandingan
Sekolah Harapan Negara Sekolah Harapan Negara Negeri Selangor
2001 Menerima Guru Pelatih UPM (Kaunseling) PJJ
Pn. Tai Chiew Hong dan Pn. Tong Hooi Cheng
1.7.2001 Pn. Yusnita dilantik secara rasmi sebagai Guru Kaunseling Sepenuh
Masa
2001 NAIB JOHAN Pertandingan Sketsa Kerjaya Peringkat Kebangsaan
2001 Naib Johan Pertandingan Media Maklumat Kerjaya Negeri Selangor
21.7.2001 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KerjayaNegeri Selangor
8.9.2001 NAIB JOHAN Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH
Kebangsaan

MAC 2002 Menerima Kunjungan Delegasi Riau ,Indonesia 38 orang guru
24.8.2002 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Negeri Selangor
25.8.2002 NAIB JOHAN Pertandingan Dikir Barat KESEJADAH Negeri Selangor
12.9.2002 TEMPAT KETIGA Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH Kebangsaan

2003 Perubahan baru kepada Sistem Fail
3.1.2003 Menerima Surat Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa : Pn.
Malarvili a/p Batumalai dan Pn Tai Chiew Hong
15.1.2003 Menerima Kunjungan Delegasi dari Miyazaki Minami Senior High School,
Jepun 84 orang murid dan 3 orang guru
MEI 2003 Persaraan Pn. Juinah bt. Jaffri
Terima Kasih.Jasamu dikenang
1.7.2003 Pengetua Keenam dilantik :
Pn.Hjh.Zainon bt. Kasim Sehingga 20.2.2009
28.6.2003 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KerjayaDaerah Klang
4.8.2003 Pelancaran Program Sekolah Selamat
10.9.2003 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH Kebangsaan
OKT 2003 ANUGERAH diberikan kepada Lee Soon Cheng kerana mengharumkan nama
sekolah di peringkat kebangsaan .
2004 NAIB JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Daerah Klang
2004 Penerima Anugerah 5 Terbaik di Malaysia – SPM 13A1
Renuvathy a/p Kansan Naider dari SMK (P) Bukit Kuda
Sejarah baru tercatat
2005 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Daerah Klang
2005 Menerima Anugerah Perkhidmatan Bimbingan &Kaunseling Negeri Selangor
( Kategori Program Mentor-Mentee) TEMPAT KETIGA
2006 NAIB JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Daerah Klang
2006 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH Negeri Selangor
2006 Bilik Kaunseling menerima settie baru - Terima kasih
2007 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Negeri Selangor
2007 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH Negeri Selangor
8.8.2007 TEMPAT KETIGA Pertandingan Melukis Poster KerjayaPeringkat Kebangsaan
2007 Program Senyum Pagi dimulakan
2007 Program Masih Ada Yang Sayang dimulakan
3.1.2008 Pn. Tai Chiew Hong berpindah ke SMJK Kwang Hua
4.1.2008 Pn. Zuaiza bt. Paiman ditempatkan di SMK (P) Bukit Kuda, Klang
JUN 2008 Perubahan Sistem Fail dan Folder Kaunseling
2008 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Daerah Klang
2008 TEMPAT KETIGA Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya D.Klang
2008 Pertandingan Kuiz Kerjaya Daerah Klang
2008 JOHAN Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Negeri Selangor
2008 JOHAN Pertandingan Melukis Poster KESEJADAH Negeri Selangor
2008 TEMPAT KETIGA Pertandingan Melukis Poster Kebangsaan 2008
2008 Ratu Kristal dianugerahkan kepada Sally Lee Soon Zi kerana beberapa
kali mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan.
30.10.2008 Pn.Yusnita menerima lantikan sebagai Guru Cemerlang (Bimbingan &
Kaunseling) DG 44 KUP
23.2.2009 Menerima kehadiran Pengetua Baru
Pn.Hjh. Haniah bt. Hussin - Selamat Datang
Jan. 2009 Program Suria Minda diperkenalkan
Mac 2009 Program Ceria Minda diperkenalkan
2009 JOHAN Pertandingan e-PPDa Daerah Klang
JULAI 2009 Pembinaan Blog Unit Kaunseling SMK(P) Bukit Kuda
-sebaran maklumat dan bimbingan on-line

PERMOHONAN DALAM TALIAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 SESI 2010

Kepada ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 SMK (P) Bukit Kuda, 2009

-surat makluman akan diedarkan kepada ibu bapa mulai 17 Ogos 2009.
-murid-murid yang ingin memohon ke sekolah berasrama penuh untuk sesi 2010, boleh mengambil borang untuk diisi dan dihantarkan kepada guru kaunseling, Pn.Yusnita .

Sila layari laman web http://www.moe.gov.my untuk mengetahui panduan am dan khusus berkenaan permohonan melalui talian.

Berikut adalah maklumat daripada taklimat yang disampaikan di PPD Klang

Tarikh permohonan : 1 SEPTEMBER 2009 - 15 OKTOBER 2009

Kod Sekolah SMK(P) Bukit Kuda,Klang : BEB 0106

Syarat Pemilihan :

-Warganegara Malaysia
-Bersekolah di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
-Memenuhi syarat kelayakan minimum akademik dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 seperti berikut:

- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk bahasa ketiga

- Mendapat Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain,
- Untuk pemilihan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, hendaklah memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.

Kriteria Pemilihan

Merit Akademik (berdasarkan keputusan PMR) 80 markah

Merit penglibatan dalam aktiviti Kokurikulum 30 markah

Merit status sosio ekonomi ibu bapa atau penjaga 20 markah

Merit lokasi sekolah asal 5 markah.

Perkara PENTING!

4 salinan permohonan diperlukan untuk simpanan murid, pihak sekolah, PPD dan SBP berkenaan.
-Apabila selesai isi borang permohonan secara on-line, pastikan cetak dahulu sebelum keluar.

Berikut adalah beberapa PANDUAN PEMOHON yang perlu diberi perhatian.

- murid mengisi borang manual sekiranya tidak dapat mengisi secara on-line.
- murid/ ibubapa mengisi borang secara online.
- Salinan permohonan tersebut perlu dihantar kepada pengetua untuk pengesahan maklumat.
- 2 salinan sijil yang berkaitan disertakan semasa menghantar borang kepada pengetua.
- Key-In di rumah atau di sekolah
- Salinan ke PPD diuruskan oleh pihak sekolah.
- Salinan ke SBP pilihan diuruskan oleh ibu bapa atau pihak sekolah.
- Sila pilih aliran yang tepat - tidak boleh tukar aliran setelah menerima tawaran.
-Sila pilih SBP yang dikehendaki.

-Pastikan pemohon membaca dan MENYEMAK dengan TEPAT SEBELUM MEMBUAT CETAKAN.
-Selepas mencetak, pemohon tidak lagi boleh membuat pembetulan.
-Pastikan pemohon membaca dahulu PANDUAN PERMOHONAN
-Pastikan pemohon KLIK BUTANG KEMASKINI/SIMPAN setelah membuat Permohonan.

-Keputusan pemilihan dan penempatan murid akan diumumkan secara on-line melalui laman web KPM www.moe.gov.my

- Pemohon yang tidak berjaya mengemukakan rayuan permohonan secara online (e-rayuan)

Thursday, August 13, 2009

Bimbingan daripada Guru Kaunseling

Sebagai seorang individu muslim khususnya, ingatlah 3 perkara ini untuk menyelamatkan diri kita daripada terhindar daripada hidayahNya.

1. Jangan menyekutukan Allah s.w.t

2. Jangan derhaka kepada orang tua

3. Jangan berkata perkataan yang keji ,termasuk memfitnah kerana

3 perkara ini adalah dosa paling besar antara dosa-dosa besar.

Ingatan ini adalah untuk diriku khasnya dan untuk semua sahabat dan anak-anak muridku amnya.

Pecutan akhir sebelum peperiksaan

Berikut adalah beberapa panduan kemahiran belajar terutama menjelang peperiksaan sebenar.

1. Mengulangkaji nota-nota kecil yang telah dibuat beserta contoh-contoh/ peta minda semasa ada masa terluang. Gunakan masa sebaik-baiknya.Buat jadual belajar dan patuhi jadual belajar.

2.Menjawab soalan-soalan topikal dan soalan tahun-tahun lepas. Mulakan dahulu dengan soalan-soalan yang mudah ( topik yang dikuasai).

3.Bersedia dengan peralatan yang cukup untuk peperiksaan.

4.Memantau tempat peperiksaan terlebih dahulu. Selesakan diri dengan suasana peperiksaan.

5.Berdoa agar sentiasa sihat dan jaga pemakanan, banyakkan minum air kerana kekurangan air akan menyebabkan toksin sukar keluar daripada badan.

6.Positifkan minda dan sentiasa membayangi kejayaan akan menjadi MILIK ANDA.

SELAMAT BERJAYA!!!

Program RIMUP Permainan Tradisional Malaysia

Pn.Hjh.Haniah ,pengetua SMK(P)Bukit Kuda bersama Pn.Nesamalar, Pengetua Cemerlang SMK Sultan Abdul Samad dalam Majlis Penutupan RIMUP.

Permainan Galah Panjang

Taklimat Permainan Berjalan Atas Tempurung

Peserta Bermain Guli

Permainan Batu Seremban


Program ini telah dijalankan pada 13 OGOS 2009 yang lalu. Guru Kaunseling SMK(P) Bukit Kuda turut terlibat dalam menjayakan Program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) bersama SMK Sultan Abdul Samad, Klang. Seramai 78 orang murid terlibat di dalam program tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah baling getah, timbang bulu ayam, berjalan atas tempurung dan bermain batu seremban telah diadakan di SMK (P) Bukit Kuda, Klang manakala permainan teng-teng, 'pick-up sticks, bermain guli dan galah panjang telah diadakan di SMK Sultan Abdul Samad, Klang.

Program ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara kedua-dua buah sekolah, dan membina semangat 1 Malaysia.

Program Masih Ada Yang Sayang 2009

Guru kaunselling turut berkayak bersama-sama


Peserta berkayak di Kem ALIM, Jugra

Taklimat oleh jurulatih kem, En. Hamizuddin

Program ini telah dijalankan pada 6-7 Ogos 2009 yang lalu di Kem Akademi Latihan dan Inovasi , Jugra , Banting. Seramai 42 orang murid Tingkatan 4 dan 5 SMK (P) Bukit Kuda terlibat dalam program tersebut. Pengendali dan pelaksana program terdiri daripada guru kaunseling SMK (P) Bukit Kuda, Pn. Zuaiza Paiman dan Pn. Yusnita Mohamed Yusop. Guru Pengiring pula ialah Cik Nurul Wahida bt. Mohd.Zuki yang sentiasa mengiringi peserta dalam program tersebut.

Pengisian program ialah ICE-BREAKING, Pembinaan Matlamat,panduan membina hala tuju dan 'target'jangka pendek dan panjang, mengenali potensi diri, perancangan dan tindakan, berkayak, 'lake crossing', night drop, refleksi diri, tazkirah, panduan belajar berkesan dan pengurusan masa , perkongsian pengalaman, pelan tindakan (Graf prestasi diri) dan penilaian program.