Monday, August 31, 2009

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Persediaan sangat penting sebelum menghadapi peperiksaan dan murid-murid perlu mengambil berat tentang persediaan fizikal,mental dan emosi sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Persediaan Fizikal

Murid-murid perlu menjaga kesihatan diri, banyakkan minum air kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kekurangan oksigen dan sistem perkumuhan tidak dapat berfungsi dengan baik.Apabila toksik banyak dalam badan, maka imunisasi badan jadi lemah dan mudahlah penyakit datang kepada kita. Bayangkan mesin basuh yang berputar dengan pakaian yang banyak tanpa air. Badan kita pula macamana ye?

Selain itu, tidurlah dengan cukup. Tidur dapat memberi rehat kepada tubuh iaitu 6 - 7 jam sehari. Gunakanlah masa kita dengan sebaik-baiknya, jangan sampai tidak tidur disebabkan kita banyak mensia-siakan masa yang ada.

Riadhahlah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Paling baik naik tangga, berbasikal, bermain badminton, dan sebagainya. Baik untuk jantung anda...

paling penting, jaga keselamatan anda...


2. Persediaan Mental

Hindari daripada berfikiran negatif, yakinlah anda akan cuba sehabis baik. Tenangkan diri. Ketenangan itu biasanya diperolehi apabila anda telah bersedia, dan telah habis membuat ulangkaji. Untuk mengelakkan rasa tertekan biasanya, bersedialah awal. Bertawakkal setelah berusaha.

Usah berputus asa dan selalulah rasa sentiasa bersedia. Seperti pejuang ingin pergi berperang. Sudah tentu dilengkapi dengan teknik peperangan, peralatan perang dan strategi. Begitu juga dalam peperiksaan. Jawap apa yang ditanya. Jangan jawab semua yang anda tahu. Kemungkinan tidak menepati soalan.

3. Persediaan Emosi

Hindari diri daripada ber'konflik' dengan kawan-kawan, ibu-bapa, dan sebagainya kerana konflik boleh mengganggu tumpuan dalam persediaan peperiksaan. Tenangkan hati, maafkan kesalahan orang lain, banyakkan berdoa agar dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan.

No comments:

Post a Comment