Friday, August 14, 2009

PERMOHONAN DALAM TALIAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 SESI 2010

Kepada ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 SMK (P) Bukit Kuda, 2009

-surat makluman akan diedarkan kepada ibu bapa mulai 17 Ogos 2009.
-murid-murid yang ingin memohon ke sekolah berasrama penuh untuk sesi 2010, boleh mengambil borang untuk diisi dan dihantarkan kepada guru kaunseling, Pn.Yusnita .

Sila layari laman web http://www.moe.gov.my untuk mengetahui panduan am dan khusus berkenaan permohonan melalui talian.

Berikut adalah maklumat daripada taklimat yang disampaikan di PPD Klang

Tarikh permohonan : 1 SEPTEMBER 2009 - 15 OKTOBER 2009

Kod Sekolah SMK(P) Bukit Kuda,Klang : BEB 0106

Syarat Pemilihan :

-Warganegara Malaysia
-Bersekolah di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
-Memenuhi syarat kelayakan minimum akademik dengan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 seperti berikut:

- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk bahasa ketiga

- Mendapat Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain,
- Untuk pemilihan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, hendaklah memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.

Kriteria Pemilihan

Merit Akademik (berdasarkan keputusan PMR) 80 markah

Merit penglibatan dalam aktiviti Kokurikulum 30 markah

Merit status sosio ekonomi ibu bapa atau penjaga 20 markah

Merit lokasi sekolah asal 5 markah.

Perkara PENTING!

4 salinan permohonan diperlukan untuk simpanan murid, pihak sekolah, PPD dan SBP berkenaan.
-Apabila selesai isi borang permohonan secara on-line, pastikan cetak dahulu sebelum keluar.

Berikut adalah beberapa PANDUAN PEMOHON yang perlu diberi perhatian.

- murid mengisi borang manual sekiranya tidak dapat mengisi secara on-line.
- murid/ ibubapa mengisi borang secara online.
- Salinan permohonan tersebut perlu dihantar kepada pengetua untuk pengesahan maklumat.
- 2 salinan sijil yang berkaitan disertakan semasa menghantar borang kepada pengetua.
- Key-In di rumah atau di sekolah
- Salinan ke PPD diuruskan oleh pihak sekolah.
- Salinan ke SBP pilihan diuruskan oleh ibu bapa atau pihak sekolah.
- Sila pilih aliran yang tepat - tidak boleh tukar aliran setelah menerima tawaran.
-Sila pilih SBP yang dikehendaki.

-Pastikan pemohon membaca dan MENYEMAK dengan TEPAT SEBELUM MEMBUAT CETAKAN.
-Selepas mencetak, pemohon tidak lagi boleh membuat pembetulan.
-Pastikan pemohon membaca dahulu PANDUAN PERMOHONAN
-Pastikan pemohon KLIK BUTANG KEMASKINI/SIMPAN setelah membuat Permohonan.

-Keputusan pemilihan dan penempatan murid akan diumumkan secara on-line melalui laman web KPM www.moe.gov.my

- Pemohon yang tidak berjaya mengemukakan rayuan permohonan secara online (e-rayuan)

No comments:

Post a Comment