Friday, January 21, 2011

Majlis Perpisahan Pn.Hjh Khasbia Othman

Pada 19 Januari 2011 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Guru SMK(P)Bukit Kuda, Klang telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn.Hjh. Khasbia bt. Othman, mantan Penolong Kanan Akademik SMK (P) Bukit Kuda ( 2002-2011) di Dataran Bestari SMK(P)Bukit Kuda, Klang. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Putra Perdana, Sepang. Warga SMK(P)Bukit Kuda mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai pengetua.Pemergian beliau amat dirasai kerana beliau merupakan contoh teladan seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas. Beliau juga menjadi pakar rujuk kepada semua guru,khususnya dalam bidang akademik. Berkat usaha beliau,prestasi akademik SMK(P)Bukit Kuda melonjak dan mampu membuat ibu bapa tersenyum. Sesungguhnya segala usaha dan nasihat beliau,akan diingati oleh guru-guru SMK(P)Bukit Kuda,Klang untuk meneruskan perjuangan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid SMK(P)Bukit Kuda,Klang yang turut menghargai beliau dengan memberi hadiah dan bersalaman, sebagai tanda menghargai jasa guru. Bukan sahaja menjadi murid yang berilmu, bahkan mampu mempunyai sahsiah yang mulia. Hormat kepada guru, nescaya ilmu yang dituntut menjadi berkat.

Monday, January 17, 2011

Kursus Kepimpinan Organisasi 2011

Tahun ini, buat pertama kali Kursus Kepimpinan Organisasi 2011 akan dijalankan di luar sekolah, sebagaimana permintaan setiap tahun peserta apabila dijalankan 'post mortem'. Inginkan aktiviti lebih menarik dan lebih masa agar tidak terlalu 'padat' dengan pengisian ilmu.

Kursus ini akan dijalankan pada 14-15 Februari 2011 di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun. Tempatnya dah tentu selesa...tak perlu tinggal dalam khemah, sebagai penghargaan kepada semua pengerusi, setiausaha dan bendahari kelab/persatuan /unit beruniform.

Antara pengisian kursus ialah Team Building, Tatacara menulis kertas kerja, laporan, surat rasmi, penyata kewangan, pengurusan lawatan, konsep kepimpinan dll. Sudah pasti, selain ilmu kepemimpinan, ilmu pengurusan sangat penting untuk memastikan organisasi kecil di sekolah aktif, secara tidak langsung dapat membantu murid-murid SMK(P)Bukit Kuda, Klang memperolehi markah kokurikulum yang tinggi/ CGPA Kokurikulum.Ianya sangat penting untuk memohon ke sekolah berasrama penuh dan ke IPT.

Selamat Berkursus...jumpa cikgu di sana..

Kursus Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan 2011

Kursus Ketua Tingkatan merupakan kursus pertama dijalankan bagi tahun 2011 ini.Pada 7.1.2011 yang lalu, seramai 90 orang peserta kursus telah menghadiri kursus ini. Selain komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan dan panduan tugas jawatankuasa kelas juga ditekankan agar semua murid memahami tanggungjawab masing-masing. Semua ketua tingkatan dibekalkan dengan perkara yang perlu ada di setiap kelas.Paling penting, wujudkan sudut bacaan dan ceriakan papan kenyataan di dalam kelas. Selain Jadual Waktu kelas, Jadual Tugas (Kebersihan) sangat penting untuk memastikan semua murid mendapat tugas yang sama/ bergilir-gilir setiap minggu.

Bagi ketua tingkatan, jangan lupa perbanyakkan senarai nama di dalam kelas untuk dijadikan senarai semak kawan-kawan yang hantar buku kepada guru-guru. Ini adalah satu alternatif untuk memastikan pemantauan buku latihan dihantar dan mengelakkan daripada tuduhan kepada ketua tingkatan menghilangkan buku-buku latihan. Bagaimana??? Cikgu harap ianya dapat dilaksanakan bagi kebaikan bersama.

Syoknya Kembali ke Sekolah!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Tahun 2011 kembali lagi...sudah tentu ramai murid yang gembira apabila telah 'meningkat' usia masing-masing. Paling gementar sudah pasti murid SPM dan STPM 2011. Murid-murid yang baru memasuki SMK(P) Bukit Kuda, Klang, Selamat Datang...

Tahun ini kita mulakan dengan Kempen 3S..Senyum, Sapa dan Salam.....semua murid akan dibekalkan lencana SENYUM secara percuma. Cikgu tak sabar nak tengok semua murid senyum....mesti manis kan?

Taklimat Mata Pelajaran Elektif Tingkatan 4 telah dijalankan pada 3.1.2011 yang lalu. Ramai yang nak bahan dan minta cikgu 'upload'kan bahan ceramah. Ada masalah sikit kalau nak upload dari powerpoint. Apapun sekiranya mahukan penjelasan lanjut, boleh jumpa cikgu di Bilik Kaunseling (Tingkat 1, Blok E). Banyak bahan /buku yang boleh membantu pelajar lebih fokus untuk memahami hala tuju masing-masing.