Friday, January 21, 2011

Majlis Perpisahan Pn.Hjh Khasbia Othman

Pada 19 Januari 2011 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Kelab Guru SMK(P)Bukit Kuda, Klang telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn.Hjh. Khasbia bt. Othman, mantan Penolong Kanan Akademik SMK (P) Bukit Kuda ( 2002-2011) di Dataran Bestari SMK(P)Bukit Kuda, Klang. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Putra Perdana, Sepang. Warga SMK(P)Bukit Kuda mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai pengetua.Pemergian beliau amat dirasai kerana beliau merupakan contoh teladan seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap tugas. Beliau juga menjadi pakar rujuk kepada semua guru,khususnya dalam bidang akademik. Berkat usaha beliau,prestasi akademik SMK(P)Bukit Kuda melonjak dan mampu membuat ibu bapa tersenyum. Sesungguhnya segala usaha dan nasihat beliau,akan diingati oleh guru-guru SMK(P)Bukit Kuda,Klang untuk meneruskan perjuangan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid SMK(P)Bukit Kuda,Klang yang turut menghargai beliau dengan memberi hadiah dan bersalaman, sebagai tanda menghargai jasa guru. Bukan sahaja menjadi murid yang berilmu, bahkan mampu mempunyai sahsiah yang mulia. Hormat kepada guru, nescaya ilmu yang dituntut menjadi berkat.

No comments:

Post a Comment