Monday, July 27, 2009

Aerobikthon SMK(P) Bukit Kuda, Klang

SMK(P) Bukit Kuda, Klang dengan kerjasama PIBG SMK(P) Bukit Kuda akan menjalankan Program Aerobikthon 2009 pada 1 OGOS 2009. Tujuan program ini ialah mengumpulkan dana serta membina bumbung di tapak perhimpunan serta membina laluan gajah menyusur antara bangunan.

Pelbagai aktiviti dijalankan di tapak perhimpunan seperti bacaan Nilam setiap pagi, perhimpunan rasmi, aktiviti kokurikulum dan lain-lain. Alangkah gembiranya murid-murid SMK(P) Bukit Kuda sekiranya satu lagi projek PIBG dapat dilaksanakan, selain Astaka Gemilang yang berdiri megah dan menjadi tempat berteduh murid-murid SMK(P) Bukit Kuda untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama serta menyumbang wang dan tenaga untuk PIBG SMK(P) Bukit Kuda. Unit Kaunseling juga berterima kasih kepada PIBG sekolah yang sering memberi sokongan terhadap program -program sekolah dan menyumbangkan dana untuk meningkatkan prestasi akademik serta sahsiah murid-murid SMK(P) Bukit Kuda, Klang.

Semoga SMK(P) Bukit Kuda, Klang akan terus cemerlang dan gemilang.

No comments:

Post a Comment