Tuesday, August 24, 2010

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2011

Melalui taklimat yang disampaikan oleh PPD Klang, mulai tahun ini semua salinan sijil pencapaian ko-kurikulum perlu disertakan semasa pihak sekolah menghantar salinan borang permohonan ke sekolah berasrama penuh yang menjadi pilihan.

Sijil-sijil tersebut perlu disahkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, semasa murid meminta pengesahan sijil, sila bawa sijil asal untuk semakan sebelum pengesahan sijil dilakukan.

Sila buat 4 salinan borang permohonan ke sekolah berasrama penuh secara on-line :

1 - Pihak sekolah
2 - Pejabat Pelajaran Daerah
3 - Sekolah yang dipohon
4 - Salinan pemohon

Semua borang-borang tersebut perlu disahkan oleh pihak sekolah sebelum 15.10.2010.

Seterusnya, pihak sekolah akan menghantar salinan borang permohonan yang telah disahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan ke sekolah yang dipilih oleh murid.

Kegagalan murid dan ibu bapa untuk menghantar salinan borang permohonan akan menyebabkan kesulitan sekiranya permohonan murid ditolak dan akan menyukarkan proses rayuan ,sekiranya perlu. Pihak sekolah tidak akan menyenaraikan murid yang tidak menghantar salinan borang dan masalah akan timbul sekiranya tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment