Tuesday, August 24, 2010

Surat Makluman ke Ibu bapa Murid Tingkatan Tiga 2010 berkenaan Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2011

Rujukan tuan:
Rujukan Kami : 03/06/002 ( )
Tarikh : 25 OGOS 2010
15 Ramadhan 1431 H


..........................................
Ibu-bapa/Penjaga Murid Tingkatan 3,
SMK (P) Bukit Kuda, Klang


Tuan/Puan,

PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI 2011

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah diberi taklimat daripada Pejabat Pelajaran Daerah Klang untuk Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh bagi Sesi 2011.

2. Maklumat lanjut tentang permohonan berkenaan panduan am dan khusus boleh dicapai melalui laman sesawang berikut : http://www.moe.gov.my.

3. Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan, perlu memohon secara on-line di laman sesawang http://www.moe.gov.my atau layari www.ppdklg.gov.my bermula 1 September 2010 hingga 15 Oktober 2010. Pelajar juga boleh melayari laman sesawang http://ubksmkpbukitkudaklang.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

4. Pelajar yang menghadapi masalah melayari internet, sila hubungi Pn.Yusnita di talian 019-2371273@ Pn. Aqilah (Guru Kaunseling) untuk mendapatkan bantuan . Pelajar-pelajar yang telah mengisi borang permohonan secara on-line hendaklah membuat 4 salinan borang yang telah diisi sebelum menekan butang ’KELUAR’. Sila hantarkan 4 salinan borang tersebut kepada guru kaunseling beserta butiran yang diminta dan salinan sijil –sijil kokurikulum untuk tindakan selanjutnya.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


.......................................

No comments:

Post a Comment