Sunday, August 15, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Bermula pada 16 Ogos 2010 hingga 19 Ogos 2010, Peperiksaan Percubaan PMR akan dijalankan untuk semua murid Tingkatan 3. Selamat menduduki peperiksaan.

Berikut adalah tips persediaan menghadapi peperiksaan :

- Ulangkaji sekurang-kurangnya 10 minit untuk melihat peta minda yang telah anda hasilkan sebelum mula peperiksaan.
- Pastikan alat tulis lengkap seperti pensil 2B, pemadam pensel, pembaris, dan sebagainya. Elakkan meminjam alat tulis daripada rakan-rakan. Sediakan ' test pad' sekiranya diperlukan.
- Baca doa sebelum menjawab soalan peperiksaan,pastikan kertas soalan yang diterima betul seperti di dalam jadual.
- Duduk dengan betul. Jangan letakkan kepala anda di atas meja.
Semak nombor soalan. Sekiranya semuanya betul setelah disemak, barulah tulis nama pada kertas peperiksaan.
- Perhatikan waktu mula dan tamat peperiksaan. Bahagikan masa dengan sebaik-baiknya agar masa yang diberi cukup untuk anda menjawab soalan peperiksaan.
- Semak jawapan 15 minit sebelum tamat peperiksaan.
- Pastikan anda TIDAK TERTIDUR semasa waktu peperiksaan.

No comments:

Post a Comment