Tuesday, August 24, 2010

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012

Assalamualaikum ,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Merujuk surat dari Bhg. Matrikulasi, KPM : KP(BM)05/005/001 Jld.7(18) bertarikh 12 April 2010, menyatakan bahawa

1. Mulai sesi 2011/2012 semua pelajar yang layak dan berminat mesti membuat permohonan melalui internet (PMI).

2. Pihak sekolah diminta menghebahkan perkara ini kepada semua pelajar di sekolah.
3. Bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) bagi setiap pelajar ialah RM 6.00.
4. Pembayaran bagi PMI boleh dibuat mulai 1 Julai- 10 Oktober 2010 ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi.
( bawa salinan kad pengenalan untuk pembelian No.Unik ID ke BSN )

Pihak sekolah telah membuat pembelian No.PMI secara pukal dan telah diedarkan pada 21 Julai 2010 yang lalu. Murid-murid yang masih belum membeli no.PMI dan berminat untuk memohon ke Matrikulasi, boleh terus ke Bank Simpanan Nasional dengan membuat bayaran sebanyak RM 6.00 beserta salinan kad pegenalan.

Pelajar-pelajar yang telah mempunyai No.PMI, anda boleh mengisi borang permohonan secara on-line di laman sesawang http://www.moe.gov.my bermula 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010.

Pelajar-pelajar perlu mengisi sendiri borang permohonan tersebut dan bertanggungjawab atas permohonan mereka.

Maklumat lanjut tentang kolej matrikulasi, kemudahan yang disediakan, subjek yang dipelajari di Matrikulasi dan sebagainya boleh didapati di Bilik Kaunseling SMK(P)Bukit Kuda. Dapatkan khidmat bimbingan daripada guru kaunseling anda , Pn.Yusnita Mohamed Yusop dan Pn. Aqilah Mohd. Amin.

No comments:

Post a Comment