Wednesday, June 29, 2011

Minggu Pendidikan Kerjaya 2011

Pada 20-24 JUN yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK(P)Bukit Kuda, Klang telah menjalankan aktiviti minggu pendidikan kerjaya 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pelancaran Minggu Pendidikan Kerjaya, Ceramah Matrikulasi, Hala Tuju Selepas SPM, Lawatan ke Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Serdang, Edaran Buku Panduan Kerjaya bagi semua murid Tingkatan 5 dan 6 Atas, pameran Pendidikan IPTS dan ceramah kerjaya dalam bidang sains, IT dan grafik. Permainan Kad Kerjaya juga dilaksanakan oleh ahli Kel;ab Kerjaya dan hadiah berupa beg disediakan bagi pelajar yang menyertai aktiviti tersebut. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat dimanfaatkan dan memberi faedah kepada para pelajar.