Wednesday, December 30, 2009

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2010/2011

Salam sejahtera kepada murid-murid Lepasan SPM 2009

Anda perlu melayari Laman Web Kemasukan ke IPTA secara percuma di URL http://upu.mohe.gov.my atau usm.gov.my untuk mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA.

Bagi murid-murid yang telah membeli No.Unik ID, sila gunakan no.unik ID itu semasa Fasa II iaitu semasa pemilihan kursus. Bagi murid yang tidak membeli no.unik ID melalui pihak sekolah, anda masih boleh membeli no.unik ID tersebut di Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan bayaran RM 10.60. Tetapi ingat! Dapatkannya segera kerana Fasa 2 akan dibuka pada 2.2.2010 hingga 30.3.2010.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pemohon:

FASA 1 (Pendaftaran Maklumat Permohonan)

1) Layari http://upu.mohe.gov.my untuk dapatkan maklumat mengenai permohonan.
2) Aplikasi Dalam Talian akan dibuka mulai 2/11/2009 - 31/12/2009
(Semua murid Ting.5 telah diedarkan panduan permohonan ke IPTA ini)sebelum Peperiksaan SPM (Ruj.Kami: SMKPBK 03/06/002(2)Jld.2 bertarikh 5.10.2009)
3) Mengisi maklumat tanpa pilihan program pengajian,
4) Semak maklumat permohonan, klik pada butang sah dan hantar utk pengesahan permohonan telah diterima oleh sistem,
5) Cetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan.
6) Pemohon dibenarkan mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pproses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

FASA 2 (Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian)

1) Layari http://upu.mohe.gov.my (pengesahan permohonan dan membuat pilihan program pengajian)
2) Aplikasi Dalam Talian Fasa 2 akan dibuka mulai jam 12 t/h 2.2.2010 hingga 30.3.2010.
3) Semua pemohon Lepasan SPM 2009 yang telah mendaftar maklumat permohonan pada Fasa 1 wajib mengesahkan permohonan dan pilihan pengajian pada Fasa 2.
Jika TIDAK,
permohonan tidak akan diproses.
4.Gunakan No.Unik ID yang telah dibeli , jangan hilangkan no.aksara.
5. Jangan dedahkan No.Unik ID anda kpd orang lain, kerana ianya adalah sulit.

*Ingat! program yang ada temuduga hendaklah diisi pada pilihan pertama hingga keempat sahaja.

*Minima/ wajib membuat 4 pilihan. Jangan kurang. Sekiranya perlu, isi kelapan-lapan pilihan program pengajian.

*Jika memilih Program Pendidikan di UPSI hanya pilihan 1 sahaja. Jangan letakkan pilihan pada no.lain.

*Manakala bagi Program Pengajian di UPNM hanya pilihan 1 dan 2 sahaja.

*Semak maklumat permohonan,

*Klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem.

*Cetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi ke alamat dan talian berikut:

Pengarah
Bahagian Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

No. Tel : 03-88835802
Faks : 03-88894260
e-mail : upu@mohe.gov.my

(Rujukan : JPT(BPKP)1000/600/014/01 Jld.3(111)bertarikh 1 September 2009)

Friday, December 25, 2009

Program Baru SMK(P) Bukit Kuda 2010

Selamat Pulang ke sekolah..2010 dan selamat datang murid-murid Tingkatan Satu 2010. Pada 2.1.2010 (Sabtu), pendaftaran Tingkatan 1 akan dijalankan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pada tahun 2010, satu program yang dinamakan Program Jutawan BK akan diperkenalkan. Apa dia Program Jutawan BK? pasti menarik namanyakan? Tunggu...dan saksikan pelancarannya pada tahun hadapan...

Selain itu , Program Tutor-Tutee juga akan dijalankan . Siapa Tutor dan siapa tutee?
Tutor adalah murid sebaya yang akan menjadi pembimbing rakan lain untuk memberi bimbingan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas mengikut aras yang tertentu . Anda terpilih? Tunggu keputusannya pada tahun 2010.

Harapan cikgu..semua murid SMK(P)Bukit Kuda telah bersedia untuk kembali ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Diharap cuti sekolah pada kali ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda semua samaada membaca buku teks, pergi tuisyen, membuat nota terancang, cuti-cuti Malaysia bersama keluarga, dan sebagainya. Apapun yang anda buat semasa cuti, hakikatnya sesi persekolahan sudah semakin hampir. Rehatkan minda dan bersedialah dengan azam baru 2010.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT BELAJAR...CIKGU MENUNGGU ANDA DI PINTU PAGAR..

TAHNIAH !KEPUTUSAN CEMERLANG PMR 2009




Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada murid-murid Tingkatan 3 2009 yang telah menyumbang kepada lonjakan prestasi PMR : 85.3% (iaitu peningkatan 21.6% pada tahun 2009 ini). Diharap kecemerlangan ini dapat dikekalkan. Bukannya 100%, tetapi lonjakan itu bukan semudah yang disangka kerana penurunan % PMR pada tahun 2008 amat mencabar semua guru khususnya. Begitu juga bilangan murid yang mendapat Semua A adalah seramai 35 orang berbanding 18 orang pada tahun 2008.

Terima kasih juga kepada semua guru, ibu-bapa, PIBG sekolah, PPD Klang (3 x gerak gempur) dan JPNS,KPM , penceramah-penceramah kursus LADAP, penyumbang -penyumbang wang dan tenaga AEROBIKTHON, ..individu, kolej swasta, semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan padu terhadap anak didik SMK(P) Bukit Kuda, Klang

KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA!!! Tanpa kerjasama..amat sukar impian ini menjadi kenyataan.

Friday, December 18, 2009

Permohonan Aplikasi On-Line IPTA Lepasan SPM/STPM

Kepada semua murid Tingkatan 5/6 Atas 2009...Tahniah kerana anda telah menamatkan peperiksaan SPM dan STPM dengan jayanya. Cikgu berharap anda cemerlang kelak. Namun dalam kegembiraan telah habis peperiksaan ini, cikgu amat berharap anda semua bersedia memikirkan apakah kursus-kursus yang sesuai untuk anda terokai nanti.

Terdapat 8 pilihan kursus diberi semasa anda On-line ke IPTA. Oleh itu timbang-timbangkanlah kursus yang sesuai dengan minat dan kemampuan akademik anda. Gunakanlah keputusan ujian yang pernah cikgu beri kepada anda semasa Program Maju Diri awal tahun. Dimanakah anda? Adakah anda dari kelompok Realistik/ Investigatif/Artistik/Sosial/Enterprising/Convensional?

Jangan buat pilihan hanya mengikut kawan dan minat semata-mata..sebab sekiranya syarat/kelayakan anda tidak cukup, maka cikgu takut anda kecewa. Pastikan bina matlamat yang boleh dicapai.

Sekiranya anda masih memerlukan khidmat bimbingan cikgu..pastikan berjumpa cikgu kaunseling semasa keputusan SPM/STPM diumumkan nanti..

Skim Perantisan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad,2001

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM< terdapat program di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang memberi fokus kepada latihan kemahiran dalam bidang -bidang tertentu bagi sesuatu industri.
-Skim ini dilaksanakan mengikut kurikulum yang berasaskan kepada Piawaian Kemahiran Kebangsaan dalam tempoh latihan yang ditetapkan.Melalui skim ini, para lepasan sekolah/ pekerja yang berjaya dipilih akan menjalani latihan "Off-The-Job" di pusat-pusat latihan yang diluluskan dan latihan "On-The-Job" di premis majikan penaja.Antara Skim Perantisan yang terdapat dalam skim ini ialah Industri Perhotelan,dan sebagainya.

Yuran latihan akan dibiayai sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad melalui tabung Skim Perantisan PSMB. Namun demikian, untuk pendaftaran ..>< RM 300.00...Maklumat lanjut boleh didapati melalui http://www.hrdnet.com.my @ http://www.hrdportal.com.my ..terdapat beberapa perubahan dalam skim yang ditawarkan. Sila dapatkan bimbingan dan pandangan daripada ibu bapa / orang yang lebih arif terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Aktiviti Selepas PMR 2009





Bermacam-macam aktiviti dijalankan selepas PMR 2009.Unit Bimbingan Kaunseling juga mengambil peluang menjalankan aktiviti Explorace Hala Tuju Selepas PMR dan Explorace Remaja dan Cinta. Aktiviti ini biasanya dijalankan dlm bentuk ceramah, tetapi pada tahun ini, penambahbaikan telah dibuat iaitu dengan mengadakan Explorace. Nampaknya ramai pelajar memberi komen positif dengan perubahan ini. Terima kasih kepada pelajar-pelajar BK yang disayangi. Cikgu akan pamerkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua..